nuffnang 1

nuffnang 3

Khamis, 15 Disember 2011

Pick Up Point dan Caj Delivery

Salam sejahtera follower APDC..

Ingin saya reminder semula pick up point dan caj delivery kepada pelanggan APDC..

Self Pick Up / Delivery

Self Collect kt :

a) Kafe Beriani Gam Putrajaya (dekat pintu masuk Putrajaya)

b) Kafe Beringin (dekat Gate 1 Putrajaya, dpn Inspen)

c) Desa Pinggiran Putra, Kajang

d) Kompleks E, Putrajaya

e) Jln 3/3, Presint 15, Putrajaya


Caj utk Delivery :

a) Putrajaya - Free

b) Dengkil/Cyberjaya - RM10

c) Sepang/Bangi/Kajang/ Serdang - RM 15

d)KL/Ampang - RM25 - RM30
4) Via Pos Laju : mengikut Berat Tempahan

*caj utk semua produk kecuali Candy Table

Isnin, 5 Disember 2011

Tempahan Saiful Azam



ini adalah tempahan saiful azam, rakan sekerja di opis. dia tempah utk majlis hari lahir anaknya Syabil Naufal..kiut jer syabil nieh..cam org puteh plak tengok die..saiful menjemput sekali ke majlis tersebut...seronok je tengok shifaa dan syabil bermain...

shifaa baru ade mood nak main

syabil dan shifaa

macam majlis shifaa plak..hihihi..
thanks azam menjemput sekali..n_n..sedap jugak lauk2 yg dihidangkan..kek die pun sedap sebab indulgence..hihihi..my fav...

Syabil Naufal,

Selamat Hari Lahir..semoga menjadi anak yang soleh.

syabil dan shifaa lahir dlm bln yg sama..n_n..


note : those interested nak tempah, please call me..n_n..

Tempahan Zarif dan pn. Arinah






tempahan pn. arinah

Tempahan Zarif
tempahan dari pn. arinah dh lame saya terima dan tempahan dari zarif adalah sehari sebelum dia pick up..kerana adhoc dan kebetulan saya free pada waktu itu saya menerima jugak..colorful utk zarif dan tema biru, pink puteh adalah dari pn. arinah.

terima kasih diatas tempahan dari kalian berdua..n_n..

berminat utk tempahan, hubungi saya..n_n..

Aktif di FB Pages

kalau korg nak tau berita terkini, boleh la layari kt cinie yer...


FB Pages : Apam Polka Dot Putrajaya

atau

FB Pages : One Stop Event


2-2 pages ini adalah produk yg saya keluarkan. jika ada yg berminat...boleh la review kt pages tue yer..

kt sini saya akan cuba update bila ade kelapangan..

terima kasih atas sokongan anda semua yer..n_n..

Masih Aktif berniaga

lame tak update kt sini..agak busy sgt sebb baru dpt bos baru bln nov..so byk updated kt FB Pages jer..nanti bagi anda link fb pages tue yer..

antara tempahan yang saya buat sepanjang hampir sebulan lebih tidak updated blog....n_n..










ada banyak lagi tempahan yang akan saya upload yer..jadi bukan saya berdiam diri tidak update blog, saya tidak aktif dlm membuat apam polka dot..still aktif juz mase utk mengadap pc agak terhad dan kebanyakan saya online hanya melalui hp saja..

those yg berminat nak tempah boleh hubungi terus hp saya yer..n_n..

saya masih aktif berniaga dan ade produk baru akan saya umumkan nanti..n_n..tunggu yaaa...

Rabu, 26 Oktober 2011

Goodies Apam Polka Dot Comel

Berita gembira utk rakan2 yg sedang pening memikirkan goodies yg comel utk dihadiahkan kepada tetamu yg hadir ke majlis anda...

saya akan upload gambar secepat yg boleh memandangkan ianya simple tapi nice...kami menyediakan harga yg berpatutan utk dikongsi bersama pelanggan...


goodies A :

1pack 2biji apam polka dot dgn kertas corak = RM 1.00/pack

minima pembelian adalah : 100 pack

goodies B :

1 pack 3biji apam polka dot dgn kertas corak = RM1.30/pack

minima pembelian adalah : 100 pack

goodies C :

1 pack 4 biji apam polka dot dgn kertas corak = RM 1.60/pack

minima pembelian adalah : 100 pack

 Corak Ladybird & Bumble Bee, + RM 0.10 utk setiap sebiji tak kira dimana2 pakej Goodies A, B & C.

pembelian melebihi 500 pack akan mendapat harga istimewa

harga adalah muktamad. segala perubahan akan dimaklum kelak..

New Sticker APDC


ini adalah sticker baru utk Apam Polka Dot...moga memudahkan costumer utk mencari saya..n_n..

Tempahan Putra, Putrajaya

tempahan adhoc dari Bro Putra utk kenduri tahlil di Ampang..sebanyak 150biji...


tempahan dalam masa 1jam setengah...tapi corak polka dot shj la..







thanks bro putra...

Selasa, 18 Oktober 2011

Berehat dan kembali beroperasi

last week saya menerima byk tempahan, unfortunetly saya terlupa nak snap pic lantas terus memberi kepada costumer..takpe la..n_n.. tak kesah pun..hope mereka suka dgn hasil air tangan saya..n_n..

btw this week saya terpaksa menolak beberapa tempahan kerana my dotter tiada pengasuh kerana en.suami bercuti bersama famili saya mengikut trip memancing di terengganu..so saya terpakse menutup kedai seketika..insyallah mulai kamis 20 Okt 2011 saya akan membuka semula tempahan apam.



credit to goggles pix

jadi kepada mereka yg masih lagi berminat utk menempahnye, sila hubungi saya terus ke HP yer..

terima kasih kepada anda semua kerana menyokong perjalanan perniagaan saya..

love all...n_n..

Tempahan Kak Mashie, P15


thanks kak mashie..n_n..

Tempahan Nanie, P15


tempahan nanie..
thanks nanie..n_n

Isnin, 10 Oktober 2011

Langkah-langkah membuat apam Ladybird

Alhamdulilah..ramai email saya bertanyakan bagaimana utk melukis ladybird..saya cuba untuk menjawab soalan anda dgn menggunakan gambar sebagai jawapan terbaik utk soalan tersebut..

so check it out langkah-langkah membuat apam ladybird.

1. letak basic body ladybird (saya pilih bancuhan purple)

2. ambil bancuhan lain (saya pilih kuning) dan lukis 3suku bulatan

3. then lukis border spt di gambar

4. letak 3 dot spt di gambar dan juga 2 dot mata (guna kaler lain) utk buat mata

5. Finally, dotkn pada mata die n finish..
hihi..mudahkan buat ladybird nieh...kalo takat nak buat 1-10biji tue seh ok lgi la..tapi kalo tempahan, haiyak....mmg agak lambat sbb die menggunakan 2 atau 3 tone color utk drawing..

all the best ye those yg email saya tentang soklan ini..inilah jawapannye..

insyallah kalo ade masa, saya cuba untuk membuat entri bagaimana hendak drawing bumblee bee spt dibawah ini.. n_n..

cute tak?..n_n..

Tempahan Along, Cheras


Alhamdulilah..ini adalah repeat order dari along kali ini menempah 100biji dan next week 200biji utk anak buahnye..thanks along..n_N..

Tempahan Siti, Ampang


Alhamdulilah..repeat order dari siti again for his son birthday party..unfortunetly saya tak dpt menghadirinya kerana terikat dgn tempahan yang lain. wakilkan en.suami untuk hadir..
thanks siti..n_N


Tempahan Rini Aliesya, Kajang


Tempahan rini sebagai testing desert..alhamdulilah..mendapat maklumbalas positif dan insyallah..ade rezeki shifaa disitoo..rinie telah beri kepercayaan utk menyiapkan tempahan pada hari bersejarahnya pada bln 11 nanti..n_n..

thanks rinie..

Tempahan Asyikin Nordin, Putrajaya


Kak ekin menempah 50biji apam polka dot filing choc n kaya..
pahtue p melawat si kecik daniya yg comel memakai baju polka dot..comel jer..
thanks kak ekin tempah dgn saya..n_N..

Tempahan Nurul, Gombak


Nurul request 50biji apam ladybird..comelkan..n_n..
thanks nurul order dgn saya..n_n..

Sabtu, 8 Oktober 2011

Lama tak update

tetiap hari...saya hanya mampu membaca dan menjenguk blog ini dan blog peribadi saya tanpa sempat utk mengemaskini blog..itu rutin yg berlaku lately...memandangkan tempahan banyak dan boleh dikatakan tetiap hari saya baking dalam jumlah yg besar..alhamdulilah dan juga bergelut dgn anak yg kurang sihat kerana mengalami demam panas..

insyallah jika ada kelapangan, saya akan mengemaskini tempahan2 yang telah saya terima...terima kasih kepada costumer yg order kepada saya..

saya sudah mengadakan Kelas Hands On...those yg berminat, boleh hubungi saya untuk keterangan lanjut..n_n..tq

Isnin, 3 Oktober 2011

Tempahan Aieda, Kajang


tempahan aida utk majlis hari jadi anak buahnya di sg. sekamat.. aida menempah 150 biji apam dgn corak ladybird, bumble bee n polka dot yg memasingnya dgn filing coklat, strawberi, blueberi,kiwi n kaya..

thanks aida...lame tak jumpe ang la..kiut jer puteri buluh betong ang tue yer..n_n..unfortunetly kami tak sempat nak bergambar sebab time saya keluarkan hp utk bergambar, terus rintik ujan menerpa di hp saya. tada rezeki..takpe la..nenkali kami jumpe lagi..n_n..thanks aida sebab menempah dgn saya..

Ahad, 2 Oktober 2011

Repeat order dari Siti, Ampang


alhamdulilah..siti dh repeat order lebih kurang 4x dan soon repeat utk kali ke5 adalah esok sebanyak 50biji dgn filing coklat bercorak ladybird.

kali ini siti order 100 biji apam dgn corak bumble bee n ladybird serta dgn filing coklat n blueberi...rasa murah rezeki sgt dpt tempahan dari siti..rajin die menempah..

terima kasih ye siti..insyallah esok, order seterusnya akan tiba..

Khamis, 29 September 2011

Apa itu Ovallate?


 
sumber : myresepi
 
Ovalette (atau juga dikenali sebagai sponge cake stabilizer atau Quick 75) adalah sejenis bahan penstabil atau emulsifier dan ia berwarna golden diraja atau oren emas.

Apa itu emulsifier atau pengemulsi/penstabil?

Pengemulsi, dalam bahasa mudah, adalah satu bahan yang membantu proses menyatukan dua bahan lain yang secara biasanya tidak boleh bercampur. Pengemulsi menyatukan lemak (minyak) dan cecair, lesitin soya merupakan pengemulsi yang biasa. Kuning telur yang kaya dengan lesitin fosfolipid (lecithin phospoholipid) merupakan satu pengemulsi/penstabil yang semulajadi. [citation] [citation]

Ovalette berbentuk pes atau pekatan berwarna kuning dan boleh didapati di kedai menjual bahan-bahan kek. Ia selalu digunakan untuk membuat kek span dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek. Ovalette juga kadang-kadang digunakan dalam membuat kek lapis sarawak dan apam. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam kek itu naik (rise) dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat. Ovalette menjadikan kek mudah mengental (stiff), stabil dan tidak mudah jatuh ketika ia dikacau, dibakar atau dikukus. Kek span yang menggunakan ovalette mampu mengekalkan bentuk kek, di samping menjadikan kek lembut dan gebu setelah dimasak. [citation] [citation] [citation]

Tahukah anda sebenarnya ovalette itu diperbuat dari Monoglyceride, Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine (pewarna) dan air? Rajin-rajinlah menyemak label apabila membeli produk dipasaran. Tetapi perlu lebih berhati-hati apabila membeli bahan mentah di kedai menjual bahan bakeri kerana kebanyakan bahannya adalah dipek semula untuk pembungkusan yang lebih kecil dan biasanya tiada sebarang label. [citation]

Bahan-bahan utama yang terkandung dalam ovalette itu adalah terdiri dari sumber lemak yang berkemungkinan lemak haiwan atau lemak tumbuhan iaitu Monoglyceride dan Polyglycerol. Sekiranya bahan tersebut sah dari sumber tumbuhan dan terdapat pengesahan HALAL pada produk tersebut, insyaallah ianya dijamin halal. Namun sekiranya sumbernya tidak dinyatakan dan ditambah pula tiada pengesahan halal, maka berkemungkinan besar produk itu tidak halal. Kemungkinan besar sumber lemak diperolehi dari lemak babi atau lemak haiwan yang tidak disembelih mengikut perundangan Islam. [citation]


source : zachoes

Selasa, 27 September 2011

Proses-Proses APDC part 1

patutnya kene bercerita tentang proses nie dari awal..tetapi memandangkan hanya pix nie yg sempat saya capt..so saya share mane yg ada..prose2 yg berlaku ini adalah selepas adunan telah dimasukkan dlm piping beg dan dipicit ke dalam paper cup..


berikut adalah antara proses-proses yg berlaku ketika membuat APDC..

sesi drawing

sesi mengukus
sesi penyejukan
sesi pembahagian
sesi pembungkusan

Tempahan Along dan Rezeki Mak Buyong Asiah

syukur alhamdulilah..dapat repeat order dari Along..dh 4kali along repeat order...seronok rasenye..ade kepuasan disitoo.. kali ini along menempah 50biji apam dengan filing blueberri..mmg favourite along setiap kali repeat order..pasti minta blueberri sebagai filing..n_n..


semasa sedang menyiapkan tempahan along, en.suami minta agar tempahan dibuat lebih kerana hendak menghadiahkan kepada rakan sekerjanya iaitu asiah..ibarat menaiki tren, ibu mengandung diutamakan, maka permintaan asiah ditunaikan..n_n...rezeki baby..manakala bekas teratas sekali saya bawakan utk rakan sekerja merasai air tangan dari saya..
walau pun saya aktif berbaking, tapi tiap kali event office..pasti saya terlepas utk buat...=_='..insyallah..nanti ade la rezeki u'olls dak opiss oiit..hihihi..n_n..

Secret Recipe Apam Polka Dot Saya


Alhamdulilah...hari ini saya ingin berkongsi rahsia resepi Apam Polka Dot Saya yang kerap ditempah oleh pelanggan...

tak rugi berkongsi..ilmu dikongsi, pahala diberi..tol tak..selagi ilmu disebarkan, selagi ilmu digunakan, selagi itu pahala diterima mencurah-curah..n_n..dan insyallah..rezeki kita pun semakin bertambah...



Resepi Apam Polka Dot


Bahan A
200gram gula halus
3biji telur sejuk (dari fridge)
1 sudu tea ovallate

Bahan B
2 sudu tea baking powder
275gram tepung gandum
300ml susu segar (brand mahal) @ santan
sedikit vanilla essence

filing : strawberi/blueberri/coklat/kaya pandan

pewarna : kuning, hijau, ungu (ikut kegemaran anda)



cara membuatnya :

  1. Bahan A di pukul sehingga kembang( 5-7minit) dgn high speeding
  2. masukkan bahan B dan kacau dgn low speed hingga adunan sekata
  3. separate utk 2 @ 3 bahagian utk diletakkan pewarna
  4. masuk bancuhan ke dlm beg piping
  5. picitkan adunan ke dlm mangkuk kertas dlm 1/2 cup, letak filing dan penuhkan paper cup dgn adunan
  6. dot-dot kan apam tersebut dgn color lain.
  7. siap utk dikukus...


bila ada kelapangan, saya akan menunjukkan cara membuat apam APDC secara bergambar bagi memudahkan anda pelajari apam tersebut tanpa sebarang tanda tanya...n_n

ok la..selamat mencuba semua...


Isnin, 26 September 2011

Tak menang tangan

alhamdulilah...semakin hari semakin banyak tempahan yang diterima..rezeki allah beri...bersyukur sgt...

biasenya hari yg busy..kadang-kadang tempahan yg dibuat terpaksa di'separate' kan awal2...n_n..kerana takut tidak terkesan mane yg terlepas pandang...n_n..



antara tempahan yang dibuat...ade lagi 2 bekas yg tak sempat disnap sebab owner pick up..

terima kasih kepada kawan2 yang menempah yer...n_n..