nuffnang 1

nuffnang 3

Khamis, 29 September 2011

Apa itu Ovallate?


 
sumber : myresepi
 
Ovalette (atau juga dikenali sebagai sponge cake stabilizer atau Quick 75) adalah sejenis bahan penstabil atau emulsifier dan ia berwarna golden diraja atau oren emas.

Apa itu emulsifier atau pengemulsi/penstabil?

Pengemulsi, dalam bahasa mudah, adalah satu bahan yang membantu proses menyatukan dua bahan lain yang secara biasanya tidak boleh bercampur. Pengemulsi menyatukan lemak (minyak) dan cecair, lesitin soya merupakan pengemulsi yang biasa. Kuning telur yang kaya dengan lesitin fosfolipid (lecithin phospoholipid) merupakan satu pengemulsi/penstabil yang semulajadi. [citation] [citation]

Ovalette berbentuk pes atau pekatan berwarna kuning dan boleh didapati di kedai menjual bahan-bahan kek. Ia selalu digunakan untuk membuat kek span dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek. Ovalette juga kadang-kadang digunakan dalam membuat kek lapis sarawak dan apam. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam kek itu naik (rise) dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat. Ovalette menjadikan kek mudah mengental (stiff), stabil dan tidak mudah jatuh ketika ia dikacau, dibakar atau dikukus. Kek span yang menggunakan ovalette mampu mengekalkan bentuk kek, di samping menjadikan kek lembut dan gebu setelah dimasak. [citation] [citation] [citation]

Tahukah anda sebenarnya ovalette itu diperbuat dari Monoglyceride, Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine (pewarna) dan air? Rajin-rajinlah menyemak label apabila membeli produk dipasaran. Tetapi perlu lebih berhati-hati apabila membeli bahan mentah di kedai menjual bahan bakeri kerana kebanyakan bahannya adalah dipek semula untuk pembungkusan yang lebih kecil dan biasanya tiada sebarang label. [citation]

Bahan-bahan utama yang terkandung dalam ovalette itu adalah terdiri dari sumber lemak yang berkemungkinan lemak haiwan atau lemak tumbuhan iaitu Monoglyceride dan Polyglycerol. Sekiranya bahan tersebut sah dari sumber tumbuhan dan terdapat pengesahan HALAL pada produk tersebut, insyaallah ianya dijamin halal. Namun sekiranya sumbernya tidak dinyatakan dan ditambah pula tiada pengesahan halal, maka berkemungkinan besar produk itu tidak halal. Kemungkinan besar sumber lemak diperolehi dari lemak babi atau lemak haiwan yang tidak disembelih mengikut perundangan Islam. [citation]


source : zachoes

Tiada ulasan:

Catat Ulasan