nuffnang 1

nuffnang 3

Khamis, 18 Ogos 2011

Tempahan Ainol, Putrajaya

setelah beberapa ketika berurusan dengan ain...beliau decide nak tempah 50biji apam  dengan filing coklat dan kaya. Dia minta separate filing dgn kaler..so yg kuning adalah kaya dan purple adalah coklat.


 tak sabar ain nak pick up apam...

mesti ada terselit bee n lady...
 Apam nie dh siap kul 7.30 mlm  tadi..sebab kehilangan no ain..tgu die reply tru fb..
thanks ya ain sebab sudi tempah dgn sya..N_N

   
tunggu cik ain amek..

Nota kepada Pelanggan APDC

Kepada semua pelanggan APDC,

saya kurang menggalakkan penghantaran melalui pos kerana ketahanan apam ini adalah selama 3hari shj jadi apabila tiba pada hari kedua, pelbagai kemungkinan akan berlaku...antaranya ialah :

  • apam menjadi sedikit keras kerana terlalu lama tersimpan
  • kemungkinan utk tumbuh kulat mmg tinggi
Jadi risiko seperti diatas adalah ditanggung pelanggan.Jadi jika anda decide utk membuat penghantaran melalui pos, suggestion dibawah adalah digalakkan utk anda lakukan setelah terima apam tersebut.
  • steam atau panaskan menggunakan microwave utk mengekalkan kelembutannya.

saya sangat menggalakkan pick up tempahan apam pada hari event anda supaya anda benar-benar menikmati rasa sebenar apam tersebut. Selain daripada itu, digalakkan juga habis pada hari tersebut..tak yah simpan2..rugi..keenakan die lebih terserlah pada hari pertama..

semoga anda menikmati APDC dengan enaknya...n_n..

Selasa, 16 Ogos 2011

Untung Jiran saya...

last wiken saya sgt rajin utk membuat apam...kerana birthday si Akif dan juga kerana ingin bersedekah dgn jiran-jiran tetangga, saya telah membuat extra..dpt la dlm 3 bekas utk diberi kepada jiran..alhamdulilah..

 yg dlm mangkuk merah tue en. suami dh cop utk buka pose nanti..

antaranya..ladybird pink

jgn mayau2 je bee n lady..jap g nak anto kt umah jiran..
hihihi..semoga jiran-jiran saya menikmatinya...

Tempahan Yati, Rantau

Pagi ini saya baru sahaja selamat mengepos tempahan yati dari Rantau. Beliau tempah sebanyak 50 biji apam polka dot dengan campuran filing. saya buat filing coklat, kaya dan strawberri..


malam tadi saya memulakan operasi lewat sedikit memandangkan si kecil telah bantai tido 5jam ptg smlm...hasilnya kul 10 baru die tido...maka operasi tertangguh sejap menunggu si kecil tido..


segera saya pos pada waktu pagi agar saya tidak terkejar2 pada thari utk balik ke rumah.


terima kasih yati kerana menempah dgn saya. semoga anda menikmatinya... n_n..

utk Birthday boy Akif

Last saturday adalah hari lahir anak buahku si Akif Haiqal..si cilik nie dh beranjak usia ke 3thn..alhamdulilah..Jgn nakal2 tau akif..cian ibu awak..hihihi..

umie tade ape nak hadiahkan awak...memandangkan awak tak pose..hihihihi. umie hadiahkan awak sebekas apam yg comel ini...



Si cilik nie mmg kaki makan..jadi pantang dpt makanan..mesti abihnyer..

Semoga Ladybird dan Bee menyerikan hari kelahiran awak.. n_n..

Header Blog Apam Polka Dot Saya

hari ini baru berkesempatan utk buat header blog nieh..agak comel..hihihi..


dan header ini jugak saya akan buat sebagai promosi di sidebar...kiut2 je u olls kan.. n_n...

Jumaat, 12 Ogos 2011

Kenapa Apam Polka Dot jadi begini?


Cuba Teka kenapa Apam ini menjadi begini?

Jawapannya : apam ini menjadi begitoo kerana terlebih meletakkan intinya sebelum di kukus...hasilnya akan menjadi seperti di atas dan solutionnya adalah..NGAP!!! masuk mulut...hihihi...

Tempahan Cik Apple, Gombak

Cik apple nie adalah adik saya. Beliau tinggal di Gombak bersama seorang lagi adik saya iaitu sara. mereka berdua bekerja di KL. Dan tengahari tadi cik apple telah sms saya bertanyakan ttg apam ini. Ingin dijamu ketika buka puasa esok bersama rakan2nya tetapi minta disediakan mlm ini juga..haaaiii..dik.. nasib la ko adik akak..lau tak...ish..ish...



bagi memenuhi permintaan adik tercayang...selepas berbuka puasa bersama beliau di rumah mak, saya bergegas balik ke rumah utk menyediakan tempahan beliau.. memandangkan si kecil terus sahaja tidur sebaik tiba dirumah, saya memulakan tugasan utk membancuh adunan.

 Bee datang menjelma

Cik Apple menempah sebanyak 50 biji dengan filing kaya dan blueberri (nape costumer i suka flav tue?)...dan juga corak ladybird dan bee pelbagai color..huhu..menarik jer tengok...

Ladybird penyeri si apam
Jam 11.30 mlm, adik lelaki sya mengambil apam tersebut. Beliau memaklumkan bahawa Cik Apple akan balik ke Gombak menaiki tren selepas sahur esok pagi..jadi utk memudahkan keadaan, Cik mamat telah mengambil apam tersebut.


terima kasih kerana menempah
kalau sedap, order lagi ye Cik Apple...n_n...

Tips utk apam Polka Dot Saya

Actually nak buat apam nie mudah sahaja..tapi sangat renyah bile part nak kaler2..lagi2 renyah bile nak dot-dot kan apam tue..jadi tak mustahil la walau ianya tidak melibatkan kos yg tinggi tapi ianya melibatkan tenaga yg banyak utk menyiapkan tempahan tersebut..jadi ianya berbaloi dgn harga yg berpatutan.

Paling ketara ialah pasti akan berlaku apam berlubang-lubang, apam merekah dan apam bantat...adoi....jujur saya katakan..sebanyak 7 kali saya membuat try n error pada setiap resepi yang saya jumpa untuk mendapatkan permukaan apam yg gebu tetapi hasil yg saya dapat adalah apam saya bantat, berlubang, lubang, tapi tak pernah merekah..

...tapi saya  masih lagi tidak jumpe jalan dan cara terbaik until saya dibantu oleh seorang kakak.

Tips yang dia bagi adalah :
  • jika anda membancuh dengan menggunakan bahan susu segar, bancuhan awal menjadi dan pasti bancuhan terakhir akan berlubang-lubang, bantat.
  • kadang-kadang bancuhan apam dengan susu segar terus je jadi bantat..(susu sukar ditafsir)
  • jika menggunakan ovellate putih pasti apam merekah.. make sure beli ovellate yg wane golden diraja dan tak expired.
  • jika susu segar ditukar kepada santan, hasilnya sangat cantik dan gebu. pilihan anda utk membuat apam.
  • baking powder juga penyebab apam anda berlubang2..(telebih letak)
  • If kalau nampak byk bubbles dlm piping bag, itu bermakna adunan tersebut sudah gagal.
  • tak kisah telur 3 biji dari pelbagai gred, hasilnya tetap sama.
  • telur + gula kaster + ovellate : perlu dipukul sehingga betol2 kembang utk menghasilkan apam yang gebu

ok..banyakkan die bagi tips....allhamdulilah dan saya telah praktiskan..dan berjaya...semoga allah balas jasa baik akak linda yer...

saya share ilmu ini kepada anda spt mana beliau share dgn saya.

Khamis, 11 Ogos 2011

Kenapa Apam Polkda Dot Saya menjadi pilihan?

Sebab anda patut menempah Apam Polka Dot Saya :

1) Lembut dan sedap
Struktur kelembutannya menyebabkan anda tak puas menikmatinya serta sedap

2) filing penuh membulat
filing pasti penuh bagi pelanggan puas menikmati apam polka dot saya ini

3) Warna yang menggoda
Colour yang menarik bagi attrack costumer utk menikmatinya..pasti kanak2 menggemarinya

4) Pilihan pelbagai filing
terdapat 4 filing terkini iaitu strawberry, blueberry, coklat dan kaya. saya sedang meneliti utk menambah beberapa filing antaranya peanut butter, kacang merah n etc.

5) Pilihan pelbagai corak selain Dot Dot
boleh memilih utk menikmati apam tersebut dengan corak ladybird, angry bird, bird, bee n etc.

6) Pelbagai pilihan utk packaging utk pelbagai event
pelbagai pilihan packaging utk anda pilih sempena majlis yg anda rai.


jadi anda faham kenapa apam saya istimewa rite? pilihan ditangan anda...

Tempahan Ana di Putrajaya

Ana meminta agar tempahannya dibuat pada minggu hadapan kerana pada minggu ini dia hendak balik ke kg tetapi saya memaklumkan kepada Ana, y not bring the apam as souvenir to ur family..thats good idea...dan Ana sangat teruja kerana tidak terfikir akan cadangan saya. Memandangkan saya free pada mlm ini manakala si kecil telah tido seawal 8.30, saya memulakan operasi membaking apam..


50 biji apam polka dot
 Ana menempah sebanyak 50 biji utk dibawa ke kampung dengan filing kaya dan juga blueberri. Dengan hati yang senang, tanpa sebarang gangguan, tempahan ana telah disiapkan dengan awal.

sedang dipacking
 Dan...en.suami pun terliuq tengok apam Ana...hihihi..sib ade lebih..mudah tol tgoda tengok apam berdot-dot nieh.. ~_~...

ada 4 ekor ladybird disitoo..cuba teka dimana mereka?..hihihi
n_n...


thanks ye ana..kalau sedap order lagi yer..

Tempahan dr Along di Sg. Buloh


Along, kakak iparku menempah 200 biji dengan filing cecampur (strawberry, kaya & coklat) untuk majlis moreh mlm ini (3 ramadhan) . saya telah menyiapkan dan di pos pada pagi semalam kepada anak buahnye di Sg. buloh. semoga apam ini sampai pada suhana.

200 biji pelbagai filing
terima kasih along... n_n...nanti order lagi yer...

Selasa, 2 Ogos 2011

Tempahan Ekin, Kampar

tempahan dari Ekin utk majlis naik buai utk baby tersayang sofea qaisara di kampar..rancang mmg nak lik kampar minggu nie tapi kene cancel sebab abg nak buat majlis akikah plak kt umah kak long..terpakse la aku pos laju kan apam tempahan ekin.


dh siap utk di packing







kanan : size M kiri : size S

ekin order 150biji size S without filing dan 50biji size M with filing coklat..

semoga apam tue selamat mendarat kt tuannya esok..n_n..

ekin,

semoga majlis awak berjalan dgn lancar yer..akak doa dari jauh..

jya...

Tempahan Si Comel Apam Polka Dot


Si Apam yg comel ini boleh ditempah utk pelbagai majlis. boleh request filing yg anda suka..mari tempah..murah dan fresh homemade....


PROMOSI UNTUK BULAN JULAI DAN OGOS 2011

 berikut harga  si apam comel ini..

50 biji : rm25 without filing
50 biji : rm30 filing
100 biji : rm 50 without filing
100 biji : rm58 filing

+rm 10 setiap 50biji utk apam bercorak lain (etc : ladybird, angry bird, burung, butterfly, lebah)

pilihan filing : blueberry, strawberry, kaya, coklat, coklat chip

minima order : 100 biji

order lebih 500biji, dpt best price..n_n..

boleh self collect kt :
  1. Kafe beriani Gam Putrajaya (dekat pintu masuk putrajaya)
  2. kafe Beringin (dekat gate 1 putrajaya, depan inspen)
  3. Desa Pinggiran Putra, Kajang
  4. Kompleks E, Putrajaya
  5. Jln 3/3, Presint 15, Putrajaya
Caj utk Delivery :
  1. Putrajaya/Cyberjaya - Free
  2. Bangi/Kajang/Sepang/Dengkil - RM 5
  3. KL/Ampang/Serdang - RM 7
  4. Via Pos laju : mengikut berat tempahan
lain2 persoalan boleh la ajukan kt emma.arahman@gmail.com yer...