nuffnang 1

nuffnang 3

Khamis, 29 September 2011

Apa itu Ovallate?


 
sumber : myresepi
 
Ovalette (atau juga dikenali sebagai sponge cake stabilizer atau Quick 75) adalah sejenis bahan penstabil atau emulsifier dan ia berwarna golden diraja atau oren emas.

Apa itu emulsifier atau pengemulsi/penstabil?

Pengemulsi, dalam bahasa mudah, adalah satu bahan yang membantu proses menyatukan dua bahan lain yang secara biasanya tidak boleh bercampur. Pengemulsi menyatukan lemak (minyak) dan cecair, lesitin soya merupakan pengemulsi yang biasa. Kuning telur yang kaya dengan lesitin fosfolipid (lecithin phospoholipid) merupakan satu pengemulsi/penstabil yang semulajadi. [citation] [citation]

Ovalette berbentuk pes atau pekatan berwarna kuning dan boleh didapati di kedai menjual bahan-bahan kek. Ia selalu digunakan untuk membuat kek span dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek. Ovalette juga kadang-kadang digunakan dalam membuat kek lapis sarawak dan apam. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam kek itu naik (rise) dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat. Ovalette menjadikan kek mudah mengental (stiff), stabil dan tidak mudah jatuh ketika ia dikacau, dibakar atau dikukus. Kek span yang menggunakan ovalette mampu mengekalkan bentuk kek, di samping menjadikan kek lembut dan gebu setelah dimasak. [citation] [citation] [citation]

Tahukah anda sebenarnya ovalette itu diperbuat dari Monoglyceride, Polyglycerol, Polysorbate, Sorbitol, Propylene Glycol, Tartrazine (pewarna) dan air? Rajin-rajinlah menyemak label apabila membeli produk dipasaran. Tetapi perlu lebih berhati-hati apabila membeli bahan mentah di kedai menjual bahan bakeri kerana kebanyakan bahannya adalah dipek semula untuk pembungkusan yang lebih kecil dan biasanya tiada sebarang label. [citation]

Bahan-bahan utama yang terkandung dalam ovalette itu adalah terdiri dari sumber lemak yang berkemungkinan lemak haiwan atau lemak tumbuhan iaitu Monoglyceride dan Polyglycerol. Sekiranya bahan tersebut sah dari sumber tumbuhan dan terdapat pengesahan HALAL pada produk tersebut, insyaallah ianya dijamin halal. Namun sekiranya sumbernya tidak dinyatakan dan ditambah pula tiada pengesahan halal, maka berkemungkinan besar produk itu tidak halal. Kemungkinan besar sumber lemak diperolehi dari lemak babi atau lemak haiwan yang tidak disembelih mengikut perundangan Islam. [citation]


source : zachoes

Selasa, 27 September 2011

Proses-Proses APDC part 1

patutnya kene bercerita tentang proses nie dari awal..tetapi memandangkan hanya pix nie yg sempat saya capt..so saya share mane yg ada..prose2 yg berlaku ini adalah selepas adunan telah dimasukkan dlm piping beg dan dipicit ke dalam paper cup..


berikut adalah antara proses-proses yg berlaku ketika membuat APDC..

sesi drawing

sesi mengukus
sesi penyejukan
sesi pembahagian
sesi pembungkusan

Tempahan Along dan Rezeki Mak Buyong Asiah

syukur alhamdulilah..dapat repeat order dari Along..dh 4kali along repeat order...seronok rasenye..ade kepuasan disitoo.. kali ini along menempah 50biji apam dengan filing blueberri..mmg favourite along setiap kali repeat order..pasti minta blueberri sebagai filing..n_n..


semasa sedang menyiapkan tempahan along, en.suami minta agar tempahan dibuat lebih kerana hendak menghadiahkan kepada rakan sekerjanya iaitu asiah..ibarat menaiki tren, ibu mengandung diutamakan, maka permintaan asiah ditunaikan..n_n...rezeki baby..manakala bekas teratas sekali saya bawakan utk rakan sekerja merasai air tangan dari saya..
walau pun saya aktif berbaking, tapi tiap kali event office..pasti saya terlepas utk buat...=_='..insyallah..nanti ade la rezeki u'olls dak opiss oiit..hihihi..n_n..

Secret Recipe Apam Polka Dot Saya


Alhamdulilah...hari ini saya ingin berkongsi rahsia resepi Apam Polka Dot Saya yang kerap ditempah oleh pelanggan...

tak rugi berkongsi..ilmu dikongsi, pahala diberi..tol tak..selagi ilmu disebarkan, selagi ilmu digunakan, selagi itu pahala diterima mencurah-curah..n_n..dan insyallah..rezeki kita pun semakin bertambah...



Resepi Apam Polka Dot


Bahan A
200gram gula halus
3biji telur sejuk (dari fridge)
1 sudu tea ovallate

Bahan B
2 sudu tea baking powder
275gram tepung gandum
300ml susu segar (brand mahal) @ santan
sedikit vanilla essence

filing : strawberi/blueberri/coklat/kaya pandan

pewarna : kuning, hijau, ungu (ikut kegemaran anda)



cara membuatnya :

  1. Bahan A di pukul sehingga kembang( 5-7minit) dgn high speeding
  2. masukkan bahan B dan kacau dgn low speed hingga adunan sekata
  3. separate utk 2 @ 3 bahagian utk diletakkan pewarna
  4. masuk bancuhan ke dlm beg piping
  5. picitkan adunan ke dlm mangkuk kertas dlm 1/2 cup, letak filing dan penuhkan paper cup dgn adunan
  6. dot-dot kan apam tersebut dgn color lain.
  7. siap utk dikukus...


bila ada kelapangan, saya akan menunjukkan cara membuat apam APDC secara bergambar bagi memudahkan anda pelajari apam tersebut tanpa sebarang tanda tanya...n_n

ok la..selamat mencuba semua...


Isnin, 26 September 2011

Tak menang tangan

alhamdulilah...semakin hari semakin banyak tempahan yang diterima..rezeki allah beri...bersyukur sgt...

biasenya hari yg busy..kadang-kadang tempahan yg dibuat terpaksa di'separate' kan awal2...n_n..kerana takut tidak terkesan mane yg terlepas pandang...n_n..



antara tempahan yang dibuat...ade lagi 2 bekas yg tak sempat disnap sebab owner pick up..

terima kasih kepada kawan2 yang menempah yer...n_n..

Ahad, 25 September 2011

Tempahan Emma Muhd, Shah Alam


alhamdulilah..tempahan emma telah selamat diserahkan pada pagi sabtu dan emma pick up di PICC sebab die otw ke seremban..alhamdulilah juga sebab die menghadiahkan shifaa duit raya..hikhik..comel je..n_n..

emma menempah 50 biji apam polka dot dan 50 biji apam ladybird dgn filing blueberi n coklat...alhamdulilah..selepas balik dari umah along menolong die mengemas rumah kerana ade tamu hadir, terus saya baking...

terima kasih emma..semoga mendapat repeat order dari emma.. n_n..

Rezeki jgn ditolak, tempahan bertalu-talu diterima

alhamdulilah..minggu lepas adalah hari yg agak busy..tempahan bertalu-talu masuk..yg adhoc tempah, kene la terima apa yg ade.. (mean filing apam)...

terima kasih kepada Emma Muhd, Siti Razi (repeat order), ninie dan juga en.suami yg menempah utk majlis hari raya office....rezeki juga utk Along dan juga A.zul kerana menempah secara adhoc..mmg rezeki sungguh sebab saya tengah baking time terima tempahan tue..


unfortunetly, saya missing cable hp..jadi tak dapek la den nak upload pic dari hp..nanti kalo dh jumpe cable..saya upload pic utk anda tatap yer..n-n...

Selasa, 20 September 2011

Tempahan Siti, Ampang


Tempahan Siti dari Ampang

Siti menempah sebanyak 100 biji dengan filing coklat dan blueberry. Delivery ke Kg. Tasik Ampang mmg agak mencabar..hihihi..tapi apa pun.. mendapat feedback yg bagus dari siti..

thanks sebab menempah dgn APDC.. n_N..

Tempahan Zarith, Presint 5


Tempahan dari Zarith dari Presint 5 Putrajaya..

Zarith request 50biji apam bercorak ladybird dgn filing coklat dan blueberry dan delivery ke Presint 5. rupanya Zarith tgl di blok lama saya ketika saya duduk P5..bila pg sane, tingat plak umah tue..huhu..
sedih rasanya..anyway thanks ya zarith.. n_n..


Isnin, 19 September 2011

Maaf Jua- lama tidak berupdate

salam semua..

saya mohon maaf sgt kepada readers kerana tidak mengupdate lgsg blog selepas raya ini..kekangan waktu serta tempahan apam yg tidak berhenti-henti menyebabkan waktu untuk update blog peribadi dan juga blog APDC terbantut.

alhamdulilah..ini dinamakan rezeki, since 5 hari sebelum syawal menjelma sehingga sekarang..bertambah2 tempahan apam utk dinikmati ketika pagi syawal serta ketika open house...

kerana teringin memakai hp BB, saya telah mengambil gambar tempahan apam saya mengunakan hp BB Storm..malangnya.. ;(..adik saya telah terformat software di BB tersebut menyebabkan segala2 pix tempahan saya gone already.. so sad.. =_='..

saya akan cuba mengupdate pelbagai tempahan dari costumer yg ada..terima kasih kepada costumer2 APDC kerana sudi menempah dgn saya.. n_n..